PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

Monday, August 20, 2012

MAJLIS SUMBANGAN AMAL MAWADDAH

                                       MAJLIS SUMBANGAN AMAL MAWADDAH
                                                       SEMPENA EIDULFITRI 2012

Alhamdulillah...27 Ramadhan 1433H @ 16 Ogos 2012, Pusat Motivasi Mawaddah telah diberikan keizinan oleh Allah s.w.t. untuk mengadakan Majlis Sumbangan Amal Mawaddah sempena Eidulfitri kali ini kepada 130 orang anak yatim dan 50 keluarga fakir miskin.

Majlis bermula jam 6.30 petang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Toreq Zainordin selaku Penasihat Syariah Pusat Motivasi Mawaddah, dimulai dengan Majlis Tahlil, Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Jamuan Makan Malam, Solat Isya' Berjemaah, Solat Hajat, Solat Terawikh, Tazkirah Multimedia dan Majlis Sumbangan Amal Mawaddah.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama para dermawan yang ikhlas menyumbang. Semoga Allah s.w.t. membalas budi baik para dermawan dan semua yang terlibat. Didoakan semoga segala amalan sedekah ini bakal menjadi bekalan di alam barzakh dan yaumul mahsyar nanti.
Semoga Allah s.w.t. memberikan lagi kekuatan dan keizinan untuk terus melakukan kerja amal ini. Insya-Allah.

YA ALLAH...MURAHKANLAH REZEKI, BERILAH GANTI MEREKA YANG BERINFAQ, KUATKAN IMAN MEREKA...JADIKANLAN ANAK-ANAK DAN KETURUNAN MEREKA SEBAGAI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.

Salam Eidulfitri...Taqabbalallahuminnawaminkum.
Maaf zahir dan batin.

PUSAT MOTIVASI MAWADDAH.
























No comments:

Post a Comment