PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

Monday, August 20, 2012

                                                         MUNAJAT PERDANA
                                             PUSAT MOTIVASI MAWADDAH
  BERSAMA TOKOH QIAMULLAIL MALAYSIA...USTAZ OTHMAN IBRAHIM
                                " Hanya KepadaMu Ya ALlah...Kami Mengadu "
                                                   30 JUN 2012 / SABTU

Alhamdulillah...telah berlangsung Munajat Perdana bersama pelajar-pelajar
Pondok Madrasah Nur as Salam, Maahad Tahfiz Madinatul Ilmi, masyarakat setempat dan tetamu-tetamu Mawaddah dari Kuala Lumpur.

Majlis bermula pada petang Sabtu ( 30 Jun 2012 )...Majlis Tahlil, Berbuka puasa, Solat Fardhu Maghrib, Wirid Mathurat, Bacaan Surah Yaasin, Solat Fardhu Isya, Solat Hajat, Jamuan Makan, Ceramah Motivasi oleh Ustaz Tajuddin Abu Bakar, Majlis BBQ ( Kambing dan Ayam ), Tidur dan Rehat, Qiamullail bermula jam 3.30 pagi dipimpin oleh Ustaz Othman Ibrahim, Kuliah Subuh, sarapan dan bersurai.

Pusat Motivasi Mawaddah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha kecil ini diterima dan diredhai Allah serta doa-doa yang dipanjat kepada Allah dimakbulkan. Insya-Allah.

MAJLIS SUMBANGAN AMAL MAWADDAH

                                       MAJLIS SUMBANGAN AMAL MAWADDAH
                                                       SEMPENA EIDULFITRI 2012

Alhamdulillah...27 Ramadhan 1433H @ 16 Ogos 2012, Pusat Motivasi Mawaddah telah diberikan keizinan oleh Allah s.w.t. untuk mengadakan Majlis Sumbangan Amal Mawaddah sempena Eidulfitri kali ini kepada 130 orang anak yatim dan 50 keluarga fakir miskin.

Majlis bermula jam 6.30 petang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Toreq Zainordin selaku Penasihat Syariah Pusat Motivasi Mawaddah, dimulai dengan Majlis Tahlil, Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Jamuan Makan Malam, Solat Isya' Berjemaah, Solat Hajat, Solat Terawikh, Tazkirah Multimedia dan Majlis Sumbangan Amal Mawaddah.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama para dermawan yang ikhlas menyumbang. Semoga Allah s.w.t. membalas budi baik para dermawan dan semua yang terlibat. Didoakan semoga segala amalan sedekah ini bakal menjadi bekalan di alam barzakh dan yaumul mahsyar nanti.
Semoga Allah s.w.t. memberikan lagi kekuatan dan keizinan untuk terus melakukan kerja amal ini. Insya-Allah.

YA ALLAH...MURAHKANLAH REZEKI, BERILAH GANTI MEREKA YANG BERINFAQ, KUATKAN IMAN MEREKA...JADIKANLAN ANAK-ANAK DAN KETURUNAN MEREKA SEBAGAI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.

Salam Eidulfitri...Taqabbalallahuminnawaminkum.
Maaf zahir dan batin.

PUSAT MOTIVASI MAWADDAH.
























Sunday, January 15, 2012

GAMBAR-GAMBAR PEMBANGUNAN TERKINI PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

                GAMBAR-GAMBAR PEMBANGUNAN TERKINI PUSAT MOTIVASI MAWADDAH
                                                                           1 JANUARI 2012