PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

Thursday, December 15, 2011

KEM MOTIVASI REMAJA CINTA ISLAM ( SIRI 3 )


                                               KEM MOTIVASI REMAJA CINTA ISLAM ( SIRI 3 )
                                                            9, 10 DAN 11 DISEMBER 2012
                                                                   137 ORANG PESERTA
                                                         PUSAT MOTIVASI MAWADDAH
                               
Pada 9, 10 dan 11 Disember 2011 yang lepas, telah selesai satu lagi program motivasi yang diadakan di Pusat Motivasi Mawaddah. Seramai 137 orang peserta telah menyertai program ini. Pada kali ini, pihak Pusat Motivasi Mawaddah menerima 163 permohonan untuk menyertai program, namun untuk memastikan keselesaan peserta dan keberkesanan program, pihak pengurusan hanya menerima 137 orang peserta. Yuran penyertaan hanya RM 30.00. Walaupun kos untuk seorang peserta ialah RM 150.00, tetapi lebihan kos ditanggung oleh pihak Pusat Motivasi Mawaddah dan Dana Pembela ( Tabung Kebajikan dan Pendidikan Daerah Larut ). Terima kasih kepada mereka yang menyumbang. Semoga anak-anak peserta menjadi anak yang soleh dan dapat berjuang menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.