PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

Monday, February 21, 2011

MOTIVASI REMAJA SOLEH SEMPENA PROGRAM BINA SAHSIAH DI SEK. MEN. TEKNIK TAIPING, PERAK.

        MOTIVASI REMAJA SOLEH
SEMPENA PROGRAM BINA SAHSIAH
SEK. MEN. TEKNIK TAIPING, PERAK.

Pengasas pusat Motivasi Mawaddah, Cikgu@Ustaz Muhamad Sufian Haji Yaakub @ Chew Hock Aun atau lebih dikenali sebagai Cikgu@Ustaz Sufian Mawaddah telah dijemput khas untuk menjayakan Program Bina Sahsiah yang diadakan Di Sek. Men. Teknik Taiping, Perak pada 19 Februari 2011 bersamaan hari Sabtu bermula 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini disertai oleh lebih kurang 800 orang pelajar Sek. Men. Teknik Taiping dan dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga apa yang kita usahakan ini membuahkan hasil iaitu menjadikan diri pelajar sebagai remaja yang soleh.Walaupun sibuk dengan program ceramah, kuliah dan kem motivasi di samping menguruskan keluarga, bagi pihak diri saya, segala penat lelah hilang apabila melihat reaksi dan tindak balas pelajar yang berazam akan menjadi manusia yang berguna kepada orang lain khususnya kepada ibu bapa dan guru-guru serta seterusnya membina diri untuk menjadi manusia yang bertakwa kepada Allah S.W.T.

Kepada adik-adik para pelajar, ingatlah segala pesanan yang dititipkan. Amalkan, insyaAllah semoga kita dipertemukan lagi sebagai insan yang soleh.
"Manusia yang baik...seumpama pohon berbuah yang rendang...memberikan manfaat untuk makhluk lain..."

Salam Mawaddah.

"Menyemai Kasih Sayang, Membina Kecemerlangan, Menjana Ketakwaan"








                                                CIKGU@USTAZ SUFIAN MAWADDAH
                                                                        BERSAMA
                                             CIKGU KAMALUL ZAMAN BIN LOKMAN
                                         ( KAUNSELOR SEK. MEN. TEKNIK, TAIPING )