PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

Thursday, December 16, 2010

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Pusat Motivasi Mawaddah diasaskan oleh Muhamad Sufian Haji Yaakub @ Chew Hock Aun di atas sebidang tanah dusun seluas 3 ½ ekar bertempat di Lot 8256 & 8257, Bendang Rawa, 34500 Batu Kurau, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Tanah tersebut diwakafkan oleh ayahandanya sendiri. Ia dibina berkonsepkan “ Islamic Training Village ” dalam dusun.

                 Komponen pembinaannya merangkumi surau, dewan, asrama, dewan makan, training village, kediaman pekerja/petugas, pejabat pengurusan dan dewan masakan. Kawasan ini sangat strategik kerana dikelilingi dusun, sungai , sawah padi dan kemudahan-kemudahan lain. Antara tujuan pembinaan Pusat Motivasi Mawaddah ini ialah ia bakal menjadi pusat pentarbiyahan remaja dan masyarakat berpaksikan ketakwaan kepada Allah S.W.T. . Selama ini juga, selaku pengasas, beliau telah menjalankan ratusan program pentarbiyahan remaja dan masyarakat di sekolah-sekolah, pusat-pusat motivasi , masjid-masjid dan surau-surau serta lain-lain tempat lagi. Kini, sesuai dengan masa dan tempat, kewujudan pusat motivasi ini akan memudahkan pengasasnya mengendalikan program-program seperti di atas dan juga menjadi pemangkin penyebaran dakwah Islamiah kontemporari sesuai dengan keadaan semasa. Semoga Allah S.W.T. membantu memudahkan pembinaan Pusat Motivasi Mawaddah ini dan memberikan sepenuh keredhaan kepada projek ini.