PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

PUSAT MOTIVASI MAWADDAH

Sunday, July 17, 2011

" PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN "

Email : sufi_global_mawaddah@yahoo.com.my
Blog   : http://pusatmotivasimawaddah.blogspot.com
H/P : 019 – 5778308

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan
    berakhirnya penyembahan berhala.
5) Didalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik daripada 1000
 bulan.
6) Dipilih untuk ibadat puasa.
7) Dipilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran dll.)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari
     siksa kubur).
2) Bulan penuh keberkatan.
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
4) Amalan sunat sama pahalanya dengan amalan fardhu.
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda pahala.
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7) Bulan menambah rezeki.
8) Dibuka banyak pahala.
9) Bulan keampunan.
    - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
    - juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,

      10 hari pertengahan - pengampunan,
      10 hari terakhir – pembebasan daripada api neraka.
                                        



Amalan-amalan di bulan Ramadhan
                                        
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun

    malam.
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat ( Kalau ada tazkirah,
 sambung
di rumah).
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian).
7) Solat berjemaah setiap waktu.
8) Solat jemaah di masjid/surau.
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
10)Sahur diwaktu akhir.
11)Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas
     dan tutup sahur dengan air susu.
12)Mandi Janabat sebelum Imsak.
13)Kurangkan tidur.
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh).
15)Tunaikan Solat Dhuha.
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor).
17)Tunaikan solat Rawatib.
18)Jaga pacaindera.
19)Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
20)Hadiri majlis ilmu.
21)Buat baik kepada ibubapa.
22)Isteri hendaklah sentiasa taat kepada suami.
23)Banyakkan bersedekah.
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api.
25)Berbuka bersama orang tua.
26)Jemput tetamu berbuka.
27)Kurangkan berat badan.
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja).
29)Baiki hubungan suami isteri.
30)Baiki hubungan jiran.
31)Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
32)Elakkan berbelanja berlebihan.
33)Kuatkan kesabaran.
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih.
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar.
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu.
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu.
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri.
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia.
42)Melazimkan solat waktu.
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
44)Elakkan banyak berhutang.
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi
     dengan Ramadhan akan datang.
46)Tunaikan zakat fitrah.

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Yang Tersangat Lemah
    Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah dimasjid/surau,ini
    sudah dikira beramal Al Qadar.
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang :
    - Baca ayat akhir surah Al Baqarah
    - Baca ayat Kursi
    - Baca surah Yaasin
    - Baca surah Al Zalazah
    - Baca surah Al Qafirun
    - Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yag kuat dan cergas :
    - Bangunkan isteri dan anak.
    - Mandi.
    - Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran.




NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
    - Tarikh turunnya Al Quran
    - Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yang baik.




Cara Sambut Hari Raya


Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan,Pada petang akhir Ramadhan orang-orang yg meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan daripada anak-anak mengirimkan bacaan doa. Sekurang-kurangnya Al Fatihah sekali untuk mereka.Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak-anak akan ingat kpd kita


Takbir Di Malam Raya


Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya digali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya


Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik-baik bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar-benar mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh dan solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan sifat panas baran, maklumlah waktu lapar memang lekas
 naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiya’ ayat ke 69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insya-Allah cuba amalkan. Wallahua'lam.    

  
                   Salam Ramadhan daripada saya...
                   Sufian Mawaddah                                                             
                                                                                           

No comments:

Post a Comment